Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terimakasih kerana meluangkan masa untuk mengunjungi laman web Shawl House.
Berikut adalah senarai shawl-shawl yang terdapat di laman web kami:
- Shawl Turki – Hanya SGD$1
- Shawl Chiffon – Hanya SGD$13
- Shawl Pashmina Plain 2-Tone – Hanya SGD$9
- Shawl Pashmina (Pattern) – Hanya SGD$9
…dan kami akan menambah lagi nanti!
Harga bagi shawl-shawl kami amat berpatutan dan berkualiti tinggi. Juga, kebanyakkan shawl-shawl yang terdapat disini hanya mempunyai satu helai sahaja stok. Dan bila dijual, ianya besar kemungkinan tidak akan dibawa kembali, melainkan jika shawl tersebut mendapat permintaan yang tinggi.
Jualan shawl di ShawlHouse ini khusus bagi mereka yang berada di Malaysia dan Singapura, namun begitu kami sedia menerima tempahan sekiranya anda berada di negara selain dari dua negara ini… cuma harus diingatkan bahawa kos penghantaran mungkin agak mahal di kebanyakkan negara dan kami HANYA menerima pembayaran melalui PayPal jika anda berada di negara selain Malaysia dan Singapura.
Dan bagi anda yang berada di Malaysia atau Singapura, pembayaran boleh dilakukan melalui online banking atau bank-in ke akaun kami di Malaysia/Singapura (sila rujuk di bahagian ‘Cara Pembayaran‘).
Penghantaran shawl dilakukan samada melalui PosLaju (Malaysia) atau SingPost (Singapura) dan kami amat menggalakkan anda memilih untuk shawl dihantar menggunakan ‘Registered’ post. Akan tetapi, sekiranya anda memilih penghantaran melalui ‘Normal’ post, ianya juga diterima tetapi kami tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya shawl tidak sampai ke destinasi.
Selain dari itu, kami amat mengalu-alukan anda menghantar maklum balas dan idea-idea yang dapat membantu kami memberikan layanan yang lebih sempurna kepada anda. Anda boleh lakukannya melalui Borang Hubungi Kami disini atau dengan menghantar emel terus kepada kami di admin@ShawlHouse
Juga, jika anda mempunyai video-video atau informasi-informasi yang berguna, contohnya video teknik memakai shawl atau tip-tip menarik mengenai shawl yang ingin anda kongsikan dengan orang ramai, anda boleh hantarkan kepada kami untuk dipaparkan di laman web ini.
Rasanya hanya itu saja yang ingin disampaikan buat masa ini…dan sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terimakasih kerana kesudian anda mengunjungi laman web ini…selalu-selalulah kesini ya. ![]()
Terimakasih.
No comments:
Post a Comment